DUBAI – Pasukan perisikan Israel dipercayai menceroboh maklumat sulit orang ramai, terutama pengguna Arab dan Islam dalam Facebook bagi
mendapatkan maklumat berharga mengenai individu tersebut.
mendapatkan maklumat berharga mengenai individu tersebut.
Pendedahan terbaru itu diperoleh menerusi sumber-sumber yang dipetik sebuah majalah, Israel Magazine, di Perancis. Pencerobohan maklumat peribadi dalam laman web jaringan
sosial itu bertujuan untuk menganalisis aktiviti dan memahami corak
pemikiran mereka.
sosial itu bertujuan untuk menganalisis aktiviti dan memahami corak
pemikiran mereka.
Pendedahan tersebut ternyata menjejaskan rahsia kerajaan Israel dan hubungan diplomatik Tel Aviv, manakala duta
Israel ke Paris menuduh majalah tersebut sengaja menghasilkan maklumat
sulit sedia ada kepada pihak musuh.
Israel ke Paris menuduh majalah tersebut sengaja menghasilkan maklumat
sulit sedia ada kepada pihak musuh.
Aktiviti risikan Israel itu dibongkar pada Mei 2001, kata profesor psikologi di Universiti
Provence, Gerrard Niroux. Ini adalah rangkaian perisikan yang dicipta
ahli psikologi Israel yang cuba menggoda belia dari dunia Arab,
terutama di negara yang terletak dalam konflik Israel-Palestin dan
Amerika Latin, katanya.

Niroux turut memberi amaran kepada pengguna lelaki yang menggunakan Facebook untuk mencari teman wanita
kerana aktiviti intipan akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan
golongan itu. (MRD)
kerana aktiviti intipan akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan
golongan itu. (MRD)