Isnin, 7 November 2011

Facebook : Israel menceroboh maklumat orang ramai



DUBAI – Pasukan perisikan Israel dipercayai menceroboh maklumat sulit orang ramai, terutama pengguna Arab dan Islam dalam Facebook bagi
mendapatkan maklumat berharga mengenai individu tersebut.
Pendedahan terbaru itu diperoleh menerusi sumber-sumber yang dipetik sebuah majalah, Israel Magazine, di Perancis. Pencerobohan maklumat peribadi dalam laman web jaringan
sosial itu bertujuan untuk menganalisis aktiviti dan memahami corak
pemikiran mereka.
Pendedahan tersebut ternyata menjejaskan rahsia kerajaan Israel dan hubungan diplomatik Tel Aviv, manakala duta
Israel ke Paris menuduh majalah tersebut sengaja menghasilkan maklumat
sulit sedia ada kepada pihak musuh.
Aktiviti risikan Israel itu dibongkar pada Mei 2001, kata profesor psikologi di Universiti
Provence, Gerrard Niroux. Ini adalah rangkaian perisikan yang dicipta
ahli psikologi Israel yang cuba menggoda belia dari dunia Arab,
terutama di negara yang terletak dalam konflik Israel-Palestin dan
Amerika Latin, katanya.
Niroux turut memberi amaran kepada pengguna lelaki yang menggunakan Facebook untuk mencari teman wanita
kerana aktiviti intipan akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan
golongan itu. (MRD)

Gerakan akrobatik burung perling


GRETNA, Scotland - Sekawan burung perling membuat pelbagai bentuk semasa ia terbang pada waktu senja di sini kelmarin.
Burung-burung itu menunjukkan beberapa pergerakan akrobatik yang amat cantik semasa ia terbang bersama-sama bagi mengelirukan burung helang. - Agensi

Bieber, Lady Gaga dominasi anugerah MTV

BELFAST - Anugerah Muzik Eropah MTV menjadi satu sambutan perayaan buat penyanyi remaja, Justin Bieber dan ikon pop, Lady Gaga.
Lady Gaga menggondol empat anugerah berbanding tiga pada tahun lalu.
Dia yang berusia 25 tahun dan berasal dari New York memenangi anugerah penyanyi terbaik wanita, lagu terbaik dan video terbaik menerusi lagu Born This Way dan anugerah peminat teramai.
"Saya mengetahui, lagu itu amat istimewa apabila saya menulisnya dan saya tidak mengetahui bila pertama kali kali saya mula menulisnya," kata Lady Gaga yang sebak kepada penonton di Arena Odyssey di sini kelmarin.
"Ini merupakan sebuah lagu paling penting yang pernah saya tulis dan album single paling penting," tambahnya.
Bieber yang berusia 17 tahun menggondol anugerah persembahan penyanyi pop terbaik dan penyanyi lelaki paling utama.
Dia menjadi tumpuan selepas menafikan dakwaan seorang wanita dari Amerika Syarikat (AS) bahawa penyanyi tersebut bapa kepada seorang anak lelaki yang dilahirkannya pada Julai lalu.
Semasa di pentas Bieber berkata: "Anda semua menjadi punca saya kini berada di atas pentas.
"Terdapat banyak cakap-cakap merepek mengenai diri saya kebelakangan ini."
Anugerah itu juga dihiburkan dengan persembahan, Bieber, Lady Gaga, Bruno Mars, Coldplay dan Chris Martin.
Kekasih Bieber yang juga penyanyi, Selena Gomez menjadi hos anugerah itu.
Penyanyi rap AS, Eminem menggondol anugerah persembahan terbaik hip hop dan Linkin Park memperoleh anugerah band rock terbaik. - Agensi

Nicol David – Jaguh Squash Wanita Dunia Terulung (WSF Hall of Fame)!! TAHNIAH

nicol david Nicol David   Jaguh Squash Wanita Dunia Terulung (WSF Hall of Fame)!! TAHNIAH

Tidak dinafikan sekarang ini, Datuk Nicol David adalah merupakan seorang atlit Malaysia yang paling berjaya dalam sejarah. Walaubagaimanapun, hakikatnya sukan Squash kurang popular di Malaysia walaupun Malaysia berjaya memiliki jaguh squash nombor 1  di dunia.

WELCOME

Welcome to FacebookNews blog.